Thursday, September 18, 2008

first time...

Alhamdulillah.. Akhirnya, aku diberikan kesempatan untuk turut serta dalam Program Ziarah Pesakit.. bukan apa.. sebelum ni, pernah terdetik juga di hati aku untuk turut serta, tapi aku tak berikan nama.. dengan alasan: aku takut tak dapat laksanakannya.. Jadi, memandangkan sehari suntuk aku tak mempunyai lecture, aku grabbed the "chance".. bukan mudah sebenarnya untuk dibukakan hatiku yang keras macam batu untuk join program-program macam ni.. jadi aku sangat bersyukur, akhirnya aku diberikan kelembutan hati.. walaupun sudah 3 tahun aku berasa di sini, namun inilah kali pertama perasaan untuk join program ni terdetik di hati kecilku.. Jadi, apa itu Program Ziarah Pesakit? Bekalan kurma yang disumbangkan oleh Unit Hal Ehwal Islam Hospital Universiti Sains Malaysia [HUSM] akan diedarkan kepada pesakit-pesakit dalam ward.. Setiap pesakit akan mendapat satu bekas kurma.. di sinilah peranan mahasiswa-mahasiswi diperlukan.. Mahasiswa-mahasiswi akan membantu dalam edaran buah kurma di samping menggalakkan para pesakit untuk bersolat jemaah.. kali ni, kami melawat Ward 4 [Orthopaedic Lelaki].. Alhamdulillah.. task yang diberi tidaklah sesukar yang dibayangkan.. walaupun tak dapat beramah-mesra untuk jangka waktu yang panjang, this short visit will be in my memory.. aku dan zuha sempat beramah-mesra dengan seorang adik berusia 18 tahun yang patah kaki akibat MVA [motor vehicle accident].. Kesian dia.. terpaksa menyambut Ramadhan di dalam ward. Walau bagaimanapun, aku sedar, bahawa dia tabah akan ujian Allah SWT.. Bukan sahaja dia, semua pesakit kelihatan tabah. dan mereka tak banyak mengeluh.. Aku sedar, bahawa aku yang berkaki dan bertangan tanpa dibalut seharusnya mampu untuk mengerjakan ibadah yang lebih dari mereka yang kurang berupaya..

Astaghfirullahalazim.. apa yg aku lakukan selama 18 hari Ramadhan ni? apa amalan yang telah aku tingkatkan? apa amalan yang telah aku lakukan dengan istiqamah? aku menyesal. Ramadhan kini semakin meninggalkan aku. apakah masih ada Ramadhan yang akan datang untukku? atau apakah ajal akan memanggilku dahulu? aku takut, Ya Allah. dengan amalan yang aku lakukan selama ku hidup 21 tahun ini, apakah ada tempat di sisiMu untukku?


Wassalam.

Love,
`Aainaa NR
<<< (^_^) >>>
Medical Student Who Is Striving Hardly for M.D. [May Allah SWT bless]

2 comments:

Badrul. R said...

hmm..
aku juga terus berpikir, apa yang telah kulakukan 20 hari kita puasa.

kayanya kesibukan kuliah, kadang2 bulan ramadhan ini jadi kurang maksimal.

i know i know, it's not an excuse ^_^

JHaZKiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)