Tuesday, December 16, 2008

neuroscience again?

UTUSAN MALAYSIA [16th December 2008]
PUSAT NEUROSAINS DIWUJUDKAN DI HUSM

KOTA BHARU 15 Dis. – Sebuah pusat Neurosains yang pertama di rantau ini akan diwujudkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, sejajar dengan pengiktirafannya sebagai universiti berstatus Program Pemacu Untuk Kecemerlangan (APEX).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan oleh universiti tersebut semasa membentangkan kertas kerja untuk dipertimbangkan dalam program APEX.

‘‘Selepas USM berjaya dengan status APEX, kementerian mengambil kira setiap cadangan yang dikemukakan untuk dilaksanakan termasuk pembinaan pusat Neurosains di hospitalnya di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 HUSM di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Tan Sri Dr. Ani Arope; Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Datuk Dzulkifli Abd Razak; Pengarah HUSM, Dr. Zaidon Kamari dan Pengarah Kampus Kesihatan, Datuk Prof. Mafauzy Mohamed.

Di USM, Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 2000 (selepas dinaik taraf daripada unit Neurosains) dan ia terus berkembang dengan Penubuhan Makmal Pengajaran dan Penyelidikan Neurosains pada 12 Februari 2006.

Ia bagi meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan yang dijalankan melibatkan kajian fisiologi memori dan ingatan, kanser otak, kecederaan otak, perubatan neuro regenerasi, psikologi, biokimia strok, epilepsi, pemakanan dan apoptosis.

P/S: Now, I'm proud to be part of USM [even though i felt so frustrated during the beginning of my student life here (since i had been rejected from entering University of Malaya which is located very near to my house)].
"Once a USMnian, always a USMnian!"
"Once an APEXian, always an APEXian!"
to ainaa & dilla, i guess this would be a good news to you guys again cause of the word there, NEUROSCIENCE!


Wassalam.


Love,
`Aainaa NR
<<< (^_^) >>>
Medical Student Who Is Striving Hardly for M.D. [May Allah SWT blesses]

3 comments:

iSMan said...

salam...mantap la korang~...usm mmg mantap...patut la korang hebat2...teringin gile nak masuk usm time kecik2...hehe..xde rezeki..terus berjuang USM..(!_!)...wasalam

emrullah said...

tapi adakah apex memberi keuntungan kepada pelajar undergrads?

.............. said...

itu NYPD MPD kena perjuangkanla=p