Thursday, June 17, 2010

langkah tercipta (160610)

Alhamdulillah. Syukurku padaMu, ya Tuhanku. Setelah 4 minggu bertarung dengan perasaan yang berbelah-bagi, aku diberikan kemenangan oleh Mu untuk perjuangan ini. Tapi, aku sendiri tidak pasti, apakah "kemenangan" ini merupakah suatu nikmat, ataupun suatu ujian Mu padaku? Jika ini adalah ujian, ya Tuhan, janganlah ia melebihi kemampuanku. Dan tolonglah, kekalkanlah aku dalam nikmat keimanan. Aku takut, jika aku tersungkur di medan pertarungan, ku tidak mampu hadapinya, dan aku kan hilang segala-galanya. Segala-galanya. Itulah yang paling ku takut, ya Allah. Aku berharap kemenangan inilah yang terbaik untuk diriku. Dengan kemenangan yang ku peroleh, aku sudah pun berjaya melayakkan diri ke tahun akhir pengajian perubatan. Pengajian yang aku mulakan dengan 50-50 ini (keinginan mama & ayah melihat salah seorang anaknya bergelar doktor, dan keinginan diriku sendiri yang ketika itu kurang pasti), ku harapkan ia dapat berakhir dengan kejayaan dan keredhaan Mu, Insya Allah.

Lately, i keep on playing "Langkah Tercipta" by UNIC. A good song, i should say.

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

I know, it's just a song. But the lyric, brings thousand meanings.

1606, birthday Ayah! Sebaik sahaja aku dapat tahu result O&G remedial, aku terus call ayah. Walaupun mukanya tak kelihatan, tapi dari suaranya yang ku dengar, aku tau, ayah gembira! Tak putus-putus ayah ucapkan tahniah. Malah, ayah juga berterima kasih kepadaku, kerana aku berusaha dan tidak putus-putus berdoa. Aku juga, berterima kasih kepada ayah. Ayah, insan yang tak pernah lekang dengan doa dan moral supportnya.

Dengan kemenangan kecil yang ku peroleh, aku harap aku mampu membuat ayah tersenyum lebar, dan mampu menarik nafas kelegaan untuk ketika ini. Aku tahu, telah banyak kerisauan yang aku timbulkan untuk ayah. Terlalu banyak. Setiap pagi, boleh dikatakan aku pasti call ayah. Untuk bercakap tentang apa-apa pun! Masalah yang aku hadapi, apa yang aku tengah buat, kelas apa yang akan ada, talking about boys and gossip, apa yang aku nak dan even aku makan apa untuk breakfast... semuanya ku jadikan topik untuk berbual.. Aku tau, akulah anak yang punyai banyak karenah... But i love in creating troubles.. Coz they make me grow! Haha~

Aida & ayah


Aina & Ayah


Ayah, happy birthday! This is the best present yang aina boleh bagi untuk tahun ni..

p/s: not forgetting, my ex-roommate, Alia NMJ, happy birthday too!


Wassalam.

2 comments:

Abdullah bin yusoff said...

Teruskan usaha tanpa jemu. Insya Allah kejayaan menunggu jua...!

Jacknaim said...

tahniah ainaa.. welcome to final year sis....now, let us fight to become a good doctor. thinks one step beyond. we should practice to think and act like a doctor.