Lorong kaca itu
Monday, February 16, 2009
semalam & hari ini
Lorong kaca itu
Wednesday, February 11, 2009
+ve thinking!!!
Wassalam.
Friday, February 6, 2009
Monday, February 2, 2009
saya bangga dengan kamu!
GAZA: Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang juga pakar bedah ortopedik mula melakukan pembedahan bagi menyelamatkan mangsa perang di Hospital Al-Sifa di sini.
Kelmarin, beliau bersama tiga lagi doktor sukarelawan memulakan pembedahan sekitar jam 11 pagi bagi menyelamatkan tangan kanan seorang wanita berusia 36 tahun yang terkena tembakan rejim Zionis di bahu.
"Jika tidak dibedah segera ada risiko tangannya terpaksa dipotong kerana dia terkena tembakan 20 hari hari lalu. Bagaimanapun, dia tidak dapat dibedah ketika itu kerana kekurangan doktor, peralatan dan kemudahan.
"Apa yang saya dapati, otot tangan kanan mangsa hancur berkecai selain tisu dagingnya sudah mati. Lebih kronik apabila saraf tangan mangsa sudah terurai menyebabkan kami bertungkus lumus hampir enam jam untuk melakukan pembedahan itu," katanya kepada Berita Harian.
Difahamkan, mangsa sebelum ini cuba dihantar untuk menjalani pembedahan di Hospital Kaherah, Mesir, melalui pintu sempadan Rafah, lima hari selepas terkena tembakan.
Namun, sekatan di sempadan menyebabkan mangsa gagal dibawa keluar dan tersadai di pintu sempadan Rafah, selama dua hari sebelum dibawa balik ke Gaza.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, akibat lewat dirawat, luka mangsa semakin parah.
Beliau berkata, walaupun pembedahan itu berjaya dilakukan, ada beratus lagi pesakit yang senasib dengannya serta menunggu giliran masing-masing.
Dr Sheikh Muszaphar bersama seorang lagi doktor pakar, Jamnul Azhar Mulkan yang mewakili Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) mula mencurahkan tenaga mereka sejak Khamis lalu membedah pesakit kritikal terutama yang terkena tembakan atau serpihan bom.
Beliau menyifatkan pengalaman menjadi doktor sukarelawan di Hospital Al-Sifa amat menguji ketahanan emosinya kerana berhadapan dengan pelbagai bentuk kecederaan termasuk mangsa yang dibakar kimia fosforus putih.
"Saya melihat sendiri pelbagai jenis kecederaan membabitkan semua peringkat umur dan jantina. Jelas sekali ini adalah usaha Israel membunuh etnik Palestin beramai-ramai seperti yang pernah dilakukan tentera Serbia terhadap rakyat Bosnia dulu.
"Paling menyedihkan apabila kebanyakan mangsa lambat diberikan rawatan kerana kekurangan doktor pakar dan ubat-ubatan menyebabkan luka dialami semakin kritikal," katanya. Beliau yang pernah mengikuti Mercy Malaysia memberi rawatan terhadap rakyat Afghanistan pada 2002 menyifatkan kecederaan pesakit di Gaza jauh lebih serius.
"Malah ketika pembedahan dilakukan, seorang lelaki dibawa masuk ke wad kecemasan dalam keadaan kepalanya ditembusi peluru dan masih tertanam di dalamnya.
"Beberapa doktor pakar bedah saraf sedang cuba menyelamatkannya," katanya.
Beliau berkata, setakat ini hanya 20 peratus bekalan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan yang ada di hospital berkenaan dan jumlah itu amat tidak memadai.
"Sebagai sukarelawan, saya amat berharap masyarakat Malaysia terus menghulurkan derma dan bantuan bagi membantu beratus lagi rakyat Gaza yang menderita.
"Pengalaman saya di angkasa membuat saya sedar betapa kecil dunia ini dan manusia seharusnya menghargai erti keamanan yang perlu dipertahankan oleh setiap negara Islam," katanya.
Selain Dr Sheikh Muszaphar, dua lagi doktor dari Malaysia yang mewakili Mercy Malaysia di Gaza ialah, Dr Al-Amin Mohd Daud dan Dr Mohd Ikram Mohd Salleh.
Wassalam.