UM ambil masa 5 tahun semak rekod pelajar?
PAGI 24 Ogos 2009, saya mendapat satu panggilan telefon. ‘‘Hello, siapa di sana,’’ saya menyapa ringkas. Jawab pemanggil, ‘‘Saya buat panggilan dari Universiti Malaya... boleh saya bercakap dengan Aina?’’ Jawab saya, ‘‘Anak saya berada di USM Kubang Kerian, kenapa?’’ Tanya saya pendek.
‘‘Mengikut rekod kami, beliau masih lagi berhutang dengan universiti sebanyak RM200 lebih iaitu yuran standard yang dikenakan kepada setiap pelajar yang memasuki Pusat Asasi Sains UM sebagai yuran pendaftaran.’’ kata pemanggil itu.
‘‘Aik!’’ Jawab saya dengan rasa terkejut. Jelas saya lagi, ‘‘Takkan selepas empat tahun lebih, pihak universiti baru perasan yang anak saya tidak menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan. Sedangkan semasa dia mendaftar di Pusat Asasi Sains UM pada bulan Mei 2005 dahulu, saya yang menjelaskan yuran ini di bank iaitu mengikut arahan sebagaimana dalam surat tawaran.’’
‘‘Kerana syarat pendaftaran, pelajar tidak boleh didaftarkan sehingga pelajar itu tidak menunjukkan slip bank yang membuktikan yuran pendaftaran telah dijelaskan. You all ni tak buat kerja ke?’’ Saya mulai naik marah.
Inikah standard yang dikatakan universiti bertaraf World Class. Sehinggakan ambil masa hampir lima tahun untuk mengesan seseorang pelajarnya yang tidak menjelaskan yuran.
‘‘Ini bukan salah saya lagi. You all semak la dengan bank sebab slip bank yang kita gunakan itu ada tercetak butiran lengkap nama pelajar dan nombor kad pengenalan. Salinan slip bank ini juga kami serahkan semasa pendaftaran dahulu. Itu tugas you sekarang, saya tidak mahu masuk campur. Saya tidak kira berapa puluh tahun lagi you nak semak, you semak. Yang pasti, saya hendak bersihkan nama anak saya itu daripada rekod yang telah dicap liat menjelaskan hutang akibat kecuaian orang lain,’’ ujar saya lagi.
Dalam tempoh tersebut, saya tidak pernah pula menerima sebarang notis tuntutan tunggakan yuran tersebut. Sedangkan saya sudah tinggal di alamat yang sama lebih 20 tahun. Sekarang zaman ICT yang canggih- manggih. Apakah Universiti Malaya sebagai universiti yang tertua di rantau Asia ini masih tidak berubah menyemak rekod pelajarnya menggunakan kaedah teknologi purba.
Walaupun ini merupakan kes terpencil, pada saya masalah berkaitan dengan kewangan ini tidak sepatutnya berlaku dalam tempoh yang begitu lama. Cuba andaikan pelajar itu tidak lagi menyimpan rekod-rekod pembayaran yang dibuat. Apakah pihak universiti bersedia untuk menimbang bagi mengabaikan begitu sahaja hutang tersebut? Tentunya tidak.
Senario ini hanyalah untuk renungan mereka yang telah diberi amanah. Kadang-kadang kita lupa amanah yang dipertanggungjawab itu amat berat dipikul kepada orang yang tahu nilainya. Kecuali bagi mereka yang menilainya dengan kebendaan.

Comment:
Alhamdulillah, praised be to Allah SWT. My name and my dignity had been cleared from that title of "LIAT MENJELASKAN HUTANG". However, I was very frustrated with that university. Four years ago, I was so frustrated since I was not listed as one of the students in that university despite all the "janji manis" the university made. And now, they blamed me for not paying my fee. Maybe, they should go and revise the system which they already had for future convenience.
Wassalam.