Thursday, April 30, 2009

bermain perasaan

Jangan kau bermain dengan perasaan.
Kelak kau akan tertipu.
Nanti kau akan kecewa.
Bukan mudah untuk mengawal perasaan.
Terutama perasaan orang muda macam kau.
Perasaan mudah berubah.
Perasaan mudah terpesong.

Sudah lama benar aku menyedari tentang permainan perasaan ini.
Sejak dari bangku sekolah lagi.
Pernah satu ketika aku telah tertipu dengan permainan ini.
Pernah juga satu ketika dulu aku telah bertaubat.
Bertaubat untuk tidak lagi cuba bermain-main dengan perasaan ini.
Namun aku selalu gagal.
Aku sering kecewa.
Aku sentiasa tumpas dengan perasaanku sendiri.

Memang diakui yang permainan ini sangat menarik dan menyeronokkan.
Namun kalau tersilap langkah padah jawabnya.
Lukanya sukar diubati.
Habis??
Apa yang boleh aku buat??
Apa yang patut aku lakukan lagi??
Lari dari perasaanku sendiri??


my mind perception:

I got this from somewhere on the net. i should say that this will be an interesting topic. kita sering kali dilanda sebuah perasaan, yang mengasyikkan. seperti yang dialami oleh remaja-remaja lain. perasaan cinta yang sukar digambarkan, yang sukar diluahkan. itulah lumrah kehidupan. aku tidak pernah berada dalam permainan ini secara rasminya, namun terlalu banyak yang dapat ku perhatikan dari sekelilingku. Bukanlah aku tak suka mengasihi dan rasa dikasihi. Bukanlah aku tak mahu menyayangi dan rasa disayangi. Tapi aku takut. Amat takut. Takut untuk merungkai segala persoalan-persoalan yang bermain di mindaku.

Apakah aku mampu lari dari perasaanku sendiri? Apakah aku mampu? Atau mungkinkah aku akan tewas kepada perasaanku sendiri, pada suatu hari nanti? Aku sendiri tidak pasti. Buat masa ini, diriku masih tak mampu memberi segala jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Aku dapat rasakan, yang diriku masih belum bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Apakah aku kan bahagia? Atau apakah aku kan derita? Apakah aku mampu kekal tersenyum? Atau apakah akan ku menangis pada suatu hari nanti? Aku belum bersedia. Itulah yang ku pasti. Namun, Insya Allah, aku kan sentiasa berdoa kepadaNya, agar dilengkapkan diriku dengan segala persiapan, bukanlah meminta untuk dijadikan perfectionist kerna aku tahu, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Tetapi aku berdoa, agar diriku diberi persiapan keimanan, kekuatan dan ketabahan dalam segala jalan yang bakal menemuiku kelak. Amin~



Wassalam.

4 comments:

Jacknaim said...

salam.. InshaALLAH kali ni dah x terlibat dlm mainan perasaan kot.. mungkin dah benar2... atau mungkin juga permainan lain selain daripada mainan perasaan..hhuuu

umuq pun dah x berapa muda kan... solat istikarah byk2 ek..

semoga bahagia selalu.

FateN said...

dear, ada kaitan dgn apa yg kita chat aritu ke? emm......

`Aainaa Nur Raihana Abdullah said...

to jacknaim... rasanya, dah ada some misunderstanding kat sini.. it is not like what u thought it is.. haihz~

to miss independent... ada laa relatednya.. sket2.. byk2.. haha~ :)

Jacknaim said...

misunderstanding erk.. hhuhu. tu la, ayat berlapik sgt.. x paham2.. nak tau 2x...

kalau betui pun epe salahnye?x kan xde calon lg kot