Tuesday, April 28, 2009

archery

KISAH PEMANAH, BUSUR PANAH DAN PAPAR SASARAN

Seorang pemanah yang bijak pasti tahu ke mana arah tuju panahannya. Dia tahu bahawasanya andai dia memanah dia akan memastikan bahawasanya papan sasaran pasti wujud di hadapan hala tujunya. Bodohlah ia, andai sekiranya dalam memanah, tidak tahu pula ke mana arah panahanyya itu. Malahan, papan sasaran juga tidak wujud di hadapanyya. Adakah boleh dia memanah sedangkan papan sasaran tidak pula wujud di hadapannya. Atau mungkin dia tidak perlu meletakkan sebarang papan sasaran di hadapannya. Cukuplah sekadar sang pemanah itu tadi mengetahui bahawasanya setiap kali dia ingin memanah, dia akan memastikan bahawasanya panahannya itu mempunyai sasaran nya yang tersendiri.

Kenapa agaknya sedemikian? iya, jikalau memanah tanpa arah tuju, ke manakah agaknya anak panah itu akan menyasar? sudah pastinya panahan yang tanpa sasaran akan menuju ke arah yang entah ke mana hala tujunya. Jadi, sang pemanah pun duduk sebentar, tertanya tanya, ke manakah agaknya harus ditujukan anak panahnya ini. Di hadapannya, ada dua papan sasaran yang wujud. Satu papan sasaran itu nampak sungguh dekat dengannya manakala yang satu lagi itu tersangatlah jauh darinya. Papan sasaran yang paling dekat dengannya dihias dengan sungguh cantik sekali. Terdapat pelbagai hiasan di sekelilingnya seperti emas, perak, kertas gulungan berbentuk skrol dan bermacam macam lagi yang cantik cantik belaka. Aduh! Sungguh menarik sekali papan sasaran yang ini! Mahu saja sang pemanah itu tadi terus memanah tanpa berfikir dengan lebih panjang.

Kemudian, dia melihat pula kepada papan sasaran yang duduknya nun jauh di sana. Hampir hampir tidak kelihatan. Namun, papan sasaran itu tetap masih wujud. Sungguh susah untuk menggambarkan keadaan papan sasaran itu. Sang pemanah sungguh keliru sekali, papan sasaran mana yang harus di panah?Kerana sang pemanah hanya ada satu anak panah. Jadi, sang pemanah hanya boleh memanah sebanyak sekali sahaja. Undang undang permainan yang ditetapkan oleh Tuan Medan Panah menyatakan bahawa antara kedua dua papan sasaran itu tadi, hanya satu papan sasaran sahaja yang boleh membawa keuntungan berlipat ganda. Menjadi tugas sang pemanah untuk memilih papan sasaran mana yang harus dipilih. Namun demikian, Tuan Punya Medan Panah tidaklah kejam. Sebelum memulakan permainan, sang pemanah telah pun dibekalkan dengan satu buku Panduan Memanah karangan Tuan Punya Medan Panah itu tadi untuk memberi panduan kepada setiap pemanah, papan sasaran mana yang harus dipilih. Sungguh baik hati sekali Tuan empunya medan panah ini tadi.

Lalu, sang pemanah pun membelek buku itu tadi untuk melihat deskripsi setiap papan sasaran yang wujud. Namun, alangkah terkejutnya sang pemanah bila mengetahui bahawasanya, papan sasaran yang berada dekat dengannya, walaupun dihias dengan cantik dan digantung dengannya emas dan permata, jika ini yang menjadi pilihan sang pemanah, maka dia akan mendapat kerugian selama lamanya. Malahan buku itu juga menegah sang pemanah daripada memilih papan sasaran yang ini. Dinyatakan juga telah ramai yang ingkar kepada buku ini dan masih memilih untuk memanah papan sasaran ini. Maklumlah, papan sasaran yang cantik ini sangat cantik. Masakan tiada siapa yang tidak mahu untuk memilihnya.

Dibeleknya buku itu lagi, mencari pula deskripsi tentang papan sasaran yang sangat jauh itu pula. Menurut buku itu, papan sasaran yang sangat jauh itulah sebenarnya akan membawa keuntungan selama lamanya untuk sang pemanah. Walau papan sasaran itu sangat jauh, tanpa sebarang hiasan yang manis manis dan cantik, papan sasaran inilah sebenarnya yang sepatutnya menjadi pilihan sang pemanah. Menurut buku itu lagi, tidak ramai yang telah mengikut saranan buku ini untuk memilih papan sasaran yang jauh ini. Maklumlah, ramai sang pemanah telah membeli atau mereka reka buku panduan memanah mereka sendiri, lantas memilih untuk memanah papan sasaran yang cantik itu tadi. Ada juga yang alpa untuk merujuk kepada mana mana buku, hanya menjadikan kehendak sendiri sebagai neraca penilai arah hala tuju anak panahnya itu, lantas orang sebegini juga memilih papan sasaran yang cantik itu tadi. Buku panduan itu tadi juga telah menekankan berkali kali untuk sang pemanah memilih papan sasaran yang jauh ini kerana jaminan keuntungan yang bakal diperoleh daripada Tuan Punya medan panah.

ok.habis citer…hehe..mcm tergantung plak..maaplah yerk kalo berbelit2..ok2..soalannya adalah….andai korg lah yang jadi pemanah itu tadi? ke manakah agaknyer korg nak panah? nak ikut buku panduan memanah tuh ke? nak ikut suker suki sendiri ke? nak pakai buku panduan memanah sendiri ke? haish…pk yeop pk!!!

teka teki teka teku..apa ada balik pintu..=)


P/S: i was thinking of taking either astronomy or archery for my co-curriculum activity in this upcoming 4th year. when i was searching on the archery stuff, i got this teka-teki from Majlis Syura Muslimun Cork [MSM Cork].


Wassalam.

3 comments:

ainaa ismail said...

na,regarding tke ko-q,how is it?kena register la ka?

iSMan said...

salam...erkk...tibe2 buka blog ko ade MSM Cork lak...hehe..patut la mcm penah bace je teka teki tu...analogy..hehe...mmg best analogy tu yg dibuat oeh zul...jzkk zul..bg aku archery satu permainan yg agak sukar..nak dpt bulatan tgh tu bergantung kpd diri kita sendiri..bentuk badan n tangan yg betul menentukan arah panah kite even kite gune sehebat mana pun anak panah tu...hehe...( berdasarkan org yg penah msk archery..bukan aku ye..haha)..same juga diaplikasikan dlm idup kita juga..misi n tujuan hidup kita sebenar..diri kita yg menentukan segala2nya...hehe..panjang lebar lak nnti aku tulis...jzakallah khaian kathira sbb buka blog MSM..ade MSM Cork, Eastmidland, london n ireland gak..rajin2 la singgah ek...(^_^)...wasalam

`Aainaa Nur Raihana Abdullah said...

to ainaa ismail.. afiq kata kena.. tp tulaa.. tried to log in using the same username and password in that website, but turned out "INCORRECT USERNAME or PASSSWORD".. still waiting for afiq to reply the answer to this problem..

to isman... itu "accident". haha~ main tekan2 je pape yg ada kaitan dgn archery.. skali jumpa website MSM tu.. mmg best laa analogy yang dianggap "teka-teki" tu.. Insya Allah, kalo berkelapangan [mmg lapang pun skang ni], akan ku ziarah website2 MSM yg dipromote oleh promoter berjaya.. haha~