Tuesday, June 9, 2009

rama-rama

Rama-rama
[there's no connection between the photo and the title]

Kha
barnya, lagu ini menceritakan kehidupan Ella setelah terlibat lebih 2o tahun dalam bidang nyanyian. Perjalanan seni Ella ternyata bukan suatu yang mudah. Dia gigih, yakin dan tetap meneruskan perjuangannya dalam bidang seni. Sampai sekarang, namanya bertapak dan lagu-lagu nostalgianya masih menjadi siulan kenangan.

Rama-rama digambarkan satu kebebasan bagi seorang wanita. Cantik sayapnya namun perlu diingatkan rama-rama akan bertukar rupa juga pada masa yang sudah dijanjikan. Ya! Manusia akan berubah mengikut peredaran masa.


Rama-rama adalah simbol kepada kedamaian dan ketenangan. Manusia mana yang mahu hidup dalam derita dek peperangan dan kemusnahan. Terbangnya rama-rama yang sentiasa mewarnai alam mencerminkan satu kehidupan yang sentiasa mencabar. Hidup perlu ada satu matlamat dan tujuan.


Erti kata lain, hidup ini bukan satu permainan. Hidup satu perjuangan yang tiada penghujung. Selagi nyawa tidak bercerai dari jasad, selagi itu manusia akan mengejar impian dalam meniti titian kehidupan.

Wassalam.

No comments: