Monday, February 16, 2009

semalam & hari ini

thought of sharing a video about this sajak, tapi tak boleh nak upload video plak. sajak ni adalah antara sajak-sajak yang aku minat. BEST! dengan sound effect yang extremely "extreme", memang dapat menaikkan semangat diri ini untuk terus berjuang. good to me`motivate'kan diri yang selalu kurang rajin ni.

Semalam Dan Hari Ini

Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan walau payah seringkali menjenguk

Lorong kaca itu
Ku susuri walau satu demi satu langkah ku
Menagih darah, keringat dan air mataku

Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku

Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang

Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya

Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri

Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana

Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia

Wal hasil, kini Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup

Ijazahku;
muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi

Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.

Fieza Nur
Harold's Cross
26 Oktober 2006

Wassalam.

No comments: