MAHLIGAI KASIH
Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan
Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati
Chorus:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.
Subhanallah. Indah sungguh lagu ni. Memang amat bermakna sekali. Kata-kata puitis yand dikarang bukan sekadar hiburan semata-mata, bahkan ditulis untuk kita menilainya. Cinta. Sememangnya ia untuk diberi dan memberi. Perasaan fitrah yang lahir dalam diri insan yang kerdil secara semulajadi. Tiada siapa yang dapat menidakkanya, kerana ia adalah fitrah. Sesungguhnya, kita diberi akal ciptaanNya untuk menilai dan menimbang segala perkara sebelum melakukan sesuatu perkara. Tidak bersalah untuk bercinta, tetapi biarlah berlandaskan syariat-syariat yang betul dan dibolehkan oleh agama kita yang satu.
Wassalam.
Love,
`Aainaa NR
<<< (^_^) >>>
Medical Student Who Is Striving Hardly for M.D. [May Allah SWT bless]
No comments:
Post a Comment